Dalam program ziarah Ramadan, hari ini, saya bersama kakitangan Pejabat ADUN N70 Kukusan dibawa bertemu tiga keluarga penduduk Kampung Seri Menanti.
Ketiga-tiga individu ini mengalami masalah kesihatan termasuk ada yang terlantar di katil akibat penyakit yang dialami.
Disebabkan ada yang berdepan masalah dokumentasi, mereka mengalami kesukaran mendapatkan rawatan hospital membabitkan kos yang mahal dan diluar kemampuan mereka.
Dalam hal ini, bantuan daripada orang perseorangan dan NGO amat diperlukan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”