Ziarah Muhibah Kukusan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2022

Kelonggaran rentas negeri diberikan Kerajaan memberi peluang kepada orang ramai khususnya perantau pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagaimanapun, bukan semua orang berpeluang untuk pulang. Ada di antara mereka berhalangan dari segi kewangan, ada juga tuntutan kerja dan banyak lagi menyebabkan mereka terpaksa berkorban untuk melawat keluarga khususnya ibu bapa di kampung.

Mengambil kira perkara itu, saya bersama Pejabat ADUN N70 Kukusan mengambil inisiatif melawat lebih 20 kediaman warga emas sekitar Kukusan dan juga pengundi di mukim ini.

Dengan bantuan beberapa rakan Tionghoa dan pemimpin masyarakat Cina, saya berpeluang melakukan Ziarah Muhibah Kukusan di kediaman warga emas sekitar Hilltop, Taman Ria, Taman Amber, Muhibbah Raya dan banyak lagi.

Sebahagian daripada mereka pertama kali bertemu dengan saya. Dan kebanyakan daripada mereka beraya bersendirian kerana anak-anak tidak dapat pulang tahun ini.

Selain berkongsi kegembiraan Tahun Harimau, mereka turut menyampaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi.

Ada yang berdepan masalah untuk mendapatkan bantuan di JKM, ada juga yang memiliki ahli keluarga kurang upaya dan banyak lagi.

Ini membuka mata saya untuk lebih turun berjumpa rakyat bagi mengetahui sendiri masalah mereka.

Saya akan meneliti setiap masalah yang diutarakan dan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin bagi membantu mereka.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.