SAYA bersama team UPPM N.70 Kukusan dan Wanita Kukusan GRS mengadakan lawatan ziarah ramadhan di Hospital Tawau kemarin. Saya sempat melawat adik Mohd Nazri Bin Luke yang mengalami kemalangan beberapa minggu yang lepasan dan adik Mohammad Faizin yang di tahan di wad atas sebab masalah kesihatan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor, jururawat, dan kakitangan hospital atas komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat. Semoga adik Nazri dan adik Faizin diberikan kesihatan dan pulih seperti sedia kala.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”