Ziarah Kasih Kukusan

MENYANTUNI warga kukusan minggu lepas di sekitar mukim kukusan :-

1. Suami kepada Puan Rosiah Binti Jalal yang menghidap penyakit strok di kediaman beliau di Kg Sentosa Blok 5. Ini merupakan lawatan saya kali kedua, saya juga turut membawa sedikit bakul makanan dan sumbangan tunai bagi membantu sedikit sebanyak kos penjagaan suami Puan Rosiah.

2. Puan Junaida Robroy yang telah selesai menjalani operasi pembedahan pembuangan rahim dan ketumbuhan di kediaman beliau Kg Muhibbah Raya peringkat 2.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan saya mendoakan agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.