SABTU lepas, saya meluangkan masa untuk mengadakan ziarah ke kediaman adik Ahmad Selamat Bin Amidul di Kg Jawa Jalan Madu. Ziarah ini bertujuan memahami keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti istimewa ini.
Ziarah ini juga adalah untuk memastikan kebajikan dan hak warga OKU sentiasa terpelihara. Saya turut menyampaikan bakul makanan dan sumbangan tunai bagi keluarga ini. Semoga dengan sedikit sumbangan yang diberikan dapat memberikan sinar kebahagiaan buat adik Ahmad.