Ziarah Harapan Kasih Kukusan Di Wad Kanak -Kanak Hospital Tawau

SAYA dan Skuad Wanita Harapan SWAH berkesempatan mengedar 60 goodies kepada adik-adik di Wad Kanak-kanak Hospital Tawau, baru-baru ini.

Bercampur-baur perasaan saya ketika ini apabila melihat keadaan adik-adik kecil yang terbaring di katil wad, menahan sakit, malah ada juga yang hanya terbaring tanpa boleh bergerak bebas bermain seperti kanak-kanak seusia mereka.

Saya turut bersimpati dengan penjaga mereka yang sebahagian besarnya adalah ibu dan wanita. Biarpun, senyum tersungging diwajah mereka ketika saya menyapa, tapi saya tahu, kesedihan dan keletihan turut membelenggu jiwa mereka.

Semoga dipermudah segala urusan adik-adik dan keluarga mereka. ❤️

Setinggi penghargaan dan terima kasih buat Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad dan kakitangan hospital kerana membantu melancarkan lawatan ini.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.