Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mendapat perkhabaran yang mengejutkan mengenai keadaan kesihatan tokoh pemimpin Sabah Tun Sakaran Dandai yang kini dirawat di ICU Hospital Gleneagle Kota Kinabalu akibat jangkitan COVID-19.
Alhamdulillah menerusi perkongsian video anak Tun, DS Nasir, Tun dilaporkan dalam keadaan baik.
Dalam pertemuan bersama Presiden Parti Warisan Sabah, hari ini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut beberapa Kali meminta kami yang hadir mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Tun.
Semoga Allah mengangkat segala penyakit yang menimpa Tun Serta seluruh rakyat Sabah.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持