Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
“Perjalanan jauh tak ku rasa, kerana hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata.”
Bait lagi hari raya Allahyarham Sudirman ini cukup dekat dengan kita khususnya perantau yang mahu pulang beraya di kampung halaman.
Namun, bagi kebanyakan orang-orang Sabah khususnya Tawau yang merantau, pastinya mood lagu ini terganggu apabila sampai di fasa pembelian tiket penerbangan yang BIASANYA mencecah ribuan ringgit untuk penerbangan sehaja bagi setiap orang.
Dan percayalah setiap penerbangan yang ada itu akan penuh walaupun harganya melambung daripada harga biasa.
Itu realiti yang didepani perantau di Sabah khususnya Tawau dan Kalabakan setiap tahun, terpaksa berdepan harga tiket yang mahal untuk pulang beraya.
Begitu juga dengan pelbagai caj tambahan yang sentiasa berubah-ubah daripada semasa ke semasa yang ternyata mengelirukan orang ramai.
Kalau penerbangan tangguh atau batal, tidak mengapa pula. Dan biasanya orang ramai ‘dipaksa’ untuk menerima keadaan itu dan reda saja.
Sejak bertahun lamanya isu ini terus berulang tanpa ada penyelesaian konkrit dilakukan. Seharusnya ia telah lama menjadi perhatian kerajaan untuk mengambil langkah penyelesaian sewajarnya.
Saya pasti musim perayaan Kaamatan dan Gawai nanti, isu ini akan berlaku lagi. Dan orang Sabah akan kena lagi…..
RJ
ADUN N70 KUKUSAN
14 April 2022
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”