Tiada Lagi ‘Nasihat’ Abang Labatjo

Sehingga kini, masih sukar saya menerima berita pemergian Abang Labatjo Tagilin yang pergi menemui Ilahi, Sabtu lalu.
Perginya terlalu cepat kerana arwah bukan mengalami sakit kronik yang lama, sebaliknya dikhabarkan bermula dengan keracunan makanan.

Benarlah kata orang, orang yang baik itu boleh kita lihat ketika kematiannya. Begitu juga dengan arwah Abang Labatjo yang mana menyaksikan ramai individu hadir ketika solat jenazah.

Saya tidak hairan melihat keadaan itu, kerana sepanjang hayat arwah, beliau disenangi oleh ramai orang.

Senyum, tawa dan ramah arwah sering terserlah setiap kali kami bertemu sejak sama-sama memulakan perjuangan di dalam WARISAN.
Saya pasti ramai berduka dengan pemergian arwah. Tiada lagi kata-kata nasihat yang sering dikongsikan arwah kepada kami khususnya golongan muda.

Terima kasih atas nasihat yang diberikan, akan kami jadikan panduan sepanjang hidup ini.
Alfatihah

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.