MENERIMA jemputan menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat petang tadi di lokasi kebakaran.
Memandangkan masih berada diluar kawasan saya mewakilkan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri dan Kakitangan UPPM N.70 Kukusan ke program tersebut.
Sumbangan daripada JKM merupakan kit bantuan asas seperti peralatan memasak dan bantuan makanan.
Turut hadir President Majlis Perbandaran Tawau Tuan Joseph Pang, Puan Nony Tuah Pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Nurul Fadilah Abdul Hamid Penolong Pengarah JKM bahagian Tawau dan Kapten (PA) Japli Siping, Pegawai Perhubungan Parlimen Tuan Sari, JKKK Kg Sri Menanti En Khairizain Abdul Malik dan KMC Kukusan Puan Fatimah.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”