Pejabat Adun N70 Kukusan menerima perkhabaran duka daripada penduduk kampung tersebut pada 15 Januari 2023 Ahad pukul 2.45 pagi, berlaku kebakaran yang melibatkan 6 buah rumah d kampung Sri Menanti.
Menurut Encik Jepri Bin Jamil salah seorang dari penduduk kampung, beliau menyedari kejadian pada pukul 2.50 pagi setelah mendengar suara orang kampung menjerit bahawa terjadi kebakaran.
Skuad Wanita Harapan S.W.A.H dan Team RJ dari pejabat Adun N70 Kukusan hari ini mewakili YB Rina Hj Jainal memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran yang masih di tempatkan di Pusat Perlindungan Sementara (PPS)yang berada di Kg. Sri Menanti.
Kami turut berduka atas berita ini dan berharap orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus ke PPS bertempat di Balai Raya Kg Sri Menanti. Semoga semua mangsa yang terlibat tetap tabah dengan musibah yang melanda.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support