ALHAMDULILLAH, sekali lagi kami di Pejabat ADUN N70 Kukusan berjaya melaksanakan program bantuan kepada 100 pengundi Dan warga Kukusan, semalam.
Menerusi program Ehsan Ramadan Tabung Haji, 100 pengundi Kukusan terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan OKU terpilih menerima Zakat Wakalah tahun ini, yang merupakan bantuan ‘one-off’ bulan Ramadan dan menjelang syawal nanti.
Bantuan berkenaan akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun bank TH penerima. Sehubungan itu, PEJABAT ADUN N70 Kukusan menyumbang sebanyak RM5,000 bagi membolehkan 100 penerima ini dapat membuka akaun bank TH masing-masing.
Semoga bantuan ini dapat memudahkan urusan semua penerima Zakat Wakalah ini.
RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
merangkap Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
dan ADUN N70 Kukusan
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support