Sumbangan Baju Kepada Biro JKKK Kukusan

Alhamdulillah, mewakilkan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri UPPM N.70 Kukusan menyampaikan sumbangan berupa baju kepada Biro Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Jawa Sentosa, Kg Sri Menanti dan Kg Muhibbah Raya. Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada ahli-ahli JKKK yang bertungkus-lumus menjalankan tugas di lapangan demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk kampung.

Baju-baju yang disumbangkan ini diharapkan dapat digunakan oleh ahli JKKK semasa menjalankan tugasan harian mereka, sekaligus meningkatkan semangat mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.

Saya turut menyatakan bahawa sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong dan memperkasakan peranan JKKK dalam memajukan kampung serta memastikan kebajikan penduduk sentiasa terjaga.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan memudahkan urusan ahli JKKK dalam menjalankan tugas mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.