Sumbangan Bahan Binaan Asas Daripada ADUN N70 Kukusan

Saya telah mewakilkan kakitangan UPPM N.70 Kukusan Pemaju Mukim Yapp Hang Cheng dan Pegawai pejabat Adun N70 En Herman Ismail memberikan sumbangan bantuan bahan binaan kepada komuniti kukusan yang memerlukan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membantu mereka yang terkesan dalam memperbaiki dan membina semula kediaman mereka.

Setakat ini seramai 20 penerima bantuan binaan asas menerima manfaatnya meliputi kawasan :-

1. Kg Muhibbah Raya

2. ⁠Kg Rezeki Jambatan Tengku Osman

3. ⁠Taman Ambar Park

4. ⁠Kg Imam Jalilul

5. ⁠Kg Jawa

Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukannya.

Saya percaya, dengan semangat kebersamaan, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah dan bermakna. Mari terus bersatu, berganding bahu dalam membantu satu sama lain demi membina Kukusan Kita Sejahtera.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.