Mei lalu, saya bersama team Pejabat ADUN N70 Kukusan menerima aduan penduduk mengenai masalah sampah sarap yang tidak dikutip hampir dua bulan sejak Ramadan lalu.
Aduan tersebut saya panjangkan kepada MPT untuk tindakan lanjut dan alhamdulillah ada kawasan yang sudah dibersihkan.
Penduduk memaklumkan ketika ini mereka komited membayar sebanyak RM10 bagi setiap rumah, pada setiap bulan sebagai bayaran untuk kerja pembuangan sampah.
Bagaimanapun, MPT memaklumkan keperluan tong sampah jenis RORO sebagai antara syarat kutipan sampah dilakukan di satu-satu kawasan penempatan.
Sehubungan itu, saya panjangkan perkara ini kepada Parti Harapan Rakyat Sabah dan Presiden Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah untuk tindakan lanjut.
Alhamdulillah, hari ini 2 unit RORO berjaya diperolehi dan seterusnya dihantar ke Kampung Sentosa Blok 5 untuk kegunaan penduduk.
Saya berharap RORO ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
14 Jun 2022
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”