Sukaneka Kg Sentosa Blok 5

SAYA mewakilkan UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi bagi memenuhi jemputan Mini Sukaneka di Kg Sentosa Blok 5.

Pelbagai aktiviti sukan telah dilaksanakan bermula kemarin, antaranya pertandingan tiup belon, pertandingan isi air dalam botol, pertandingan bola tampar dan pertandingan tarik tali.

Gelanggang bola tampar ini telah siap dibina minggu lepas dengan mengunakan peruntukan ADUN, dan hari ini telah digunapakai oleh warga Kg Sentosa Blok 5.

Tahniah warga Kg Sentosa Blok 5 atas penganjuran sukaneka ini. Semoga dengan terbinanya gelanggang ini dapatlah warga setempat menjalankan aktiviti riadah dan aktiviti sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.