Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Suara Kukusan

Antara Intipati perbahasan saya petang tadi merangkumi beberapa aspek :-

i) Memperkasa sektor pelancongan

Tawau boleh menjadi pintu masuk pelancongan yang sgt strategik dan membantu ekonomi setempat.

Pakej “transit menarik di Tawau” boleh dikomersialkan seperti lawatan ke Taman Bukit Tawau, Pasar Ikan Tawau, Pasar Gantung Tawau, Urutan Refleksologi Orang Buta, Kampung Coklat atau lawatan ke ladang.

Tawau terkenal dengan makanan enak-enak, maka perkukuhkan identiti ini sebagai

“Destinasi Makanan Borneo”, makanan ikonik seperti mi tauhu, nasi kukus, sotong bakar dan sebagainya.

ii) Kesihatan

Lawatan dan inisiatif kebajikan kami di akar umbi banyak mendapat aduan dan perkongsian dari pesakit-pesakit seperti isu kesihatan awam, kekurangan fasiliti kesihatan seperti klinik 24 jam dan kesesakan klinik kesihatan Tawau yang digunakan oleh penduduk Kukusan.

Begitu juga masalah pakar di Hospital Tawau di mana pegawai-pegawai berpengalaman dipindahkan ke Semenanjung menjadikan kita kekurangan pakar untuk kebanyakan sektor.

iii) Persediaan ke Arah RMK-13

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menurunkan peruntukan sepenuhnya dalam menaiktaraf pelebaran Jln Utara Tawau Kalabakan di mana projek ini telah tersenarai dalam RMK-11 namun tidak diteruskan akibat isu penggazetan tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.