Status Jalan Utara Baharu

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pejam celik, kita kini berada di akhir bulan November 2021. Esok akan menjengah bulan Disember dan kita bakal melangkah ke tahun baharu 2022.

Hakikatnya, boleh dikatakan dari aspek pembangunan infrastruktur di Kukusan, khususnya, amnya di Sabah tiada apa yang boleh dibanggakan.

Kerajaan GRS bukanlah parti baharu, sebaliknya berpengalaman menjadi Kerajaan Negeri dan Pusat sebelum PRU lalu.
Namun, selepas lebih setahun diberi ‘mandat oleh rakyat’, pembangunan di Sabah tetap perlahan.

Menerusi peruntukan RM5 billion yang diberikan Kerajaan Pusat pada belanjawan baru-baru ini, ada pemimpin Sabah pula rasa bersyukur kerana mendapat ‘perhatian’ dari Putrajaya.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri menerusi JKR mengumumkan projek Skytrain Dan Jeselton New City. Sudah tentu, projek dianggap ‘game changer’ ini sesuatu yang baik apatah lagi ia dijangka memberi peluang kerja kepada 15,000 anak Sabah.

Namun, saya rasa, adalah molek jika peluang kerja untuk Sabahan itu turut merangkumi bidang kerja professional, seperti jurutera, arkitek dan sebagainya, bukannya menggunakan tenaga kerja dari negeri luar.

Dalam masa sama, jangan buat-buat tutup mata mengenai kemudahan infrastruktur di Sabah. Di kawasan Kukusan misalnya, Jalan Utara Baharu terus tinggal nama apabila kerja baik pulih tidak dapat dilaksanakan hanya kerana tiada serah milik tanah kepada Persekutuan dilakukan.

Itu adalah jalan utama yang menghubungkan antara Kalabakan dan Tawau. Walaupun sudah dimasukkan dalam belanjawan sebelum ini, nampaknya projek itu akan terus tergendala selepas disentuh mengenai aspek serah milik tanah.

Saya tahu, ia projek yang memakan belanja besar, namun, sesuatu perlu diubah dan dilakukan agar tanpa serah milik tanah kepada Persekutuan, kita masih boleh melakukan kerja baik pulih atau naik taraf kemudahan infrastruktur dapat dilakukan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.