Di persidangan hari ini Kementerian Kewangan Sabah mengumumkan pertambahan perbekalan sebanyak RM 1.004 billion, keputusan ini telah menimbulkan perbahasan dan perbincangan luas di Dewan Undangan Negeri.
Ada pihak tertentu mengkritik penyaluran dana yang dianggap terlalu besar. Namun begitu pertambahan perbekalan kali ini bukanlah pertama kali malah pernah berlaku semasa pentadbiran lalu.
Pendapatan kasar negeri Sabah juga mencatatkan perolehan yang tinggi dan penyaluran perbelanjaan berada di landasan yang betul selaras dengan perkembangan ekonomi negeri.
Kerajaan GRS akan terus komited dalam menguruskan perbelanjaan awam bagi memenuhi keperluan asas serta pembangunan jangka panjang negeri yang lebih inklusif.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”