Petang Sabtu saya berubah gundah apabila mendapat perkhabaran seorang kanak-kanak hilang selepas tergelincir ke dalam sungai di Kampung Jawa Lanut.
Sehingga jam 6 petang tadi, kelibat anak kecil Mohd Alif Amiruddin yang hanya berusia 3 tahun, belum berjaya ditemui pasukan penyelamat.
Sebagai seorang ibu, sudah tentu hati saya tersentuh apabila ada perkara begini menimpa orang ramai.
Saya difahamkan sebelum kejadian, Alif bermain dengan rakannya sebelum dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.
Pinta saya, doakan semoga Alif ditemui segera. Doakan juga keselamatan pasukan penyelamat dan orang kampung yang mencarinya.
Usah dinilai mereka dengan kata-kata negatif kerana tiada siapa mahu perkara ini berlaku.
Dalam pada itu, saya juga akan mengemukakan permohonan kepada pihak Kerajaan dan agensi berkaitan untuk membina pagar di sepanjang sungai di kawasan penempatan penduduk.
Ini bukan kes pertama, sebaliknya pernah berlaku tahun lalu. Justeru, perlu ada langkah mengatasi yang proaktif bagi menangani masalah ini sekali gus meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak dan penduduk di sini.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”