Selamat Ulang Tahun ke-5 Parti Warisan Sabah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, sudah lima tahun usia Parti WARISAN Sabah (WARISAN). Tanggal 17 Oktober menjadi tarikh bersejarah tertubuhnya satu parti Sabahan demi membela nasib rakyatnya.

Perjuangan utama adalah membentuk pemikiran rakyat Sabah bahawa kita tidak boleh dibelakang lagi.

Kita berhak menuntut perjanjian MA63 yang jelas memperincikan jaminan untuk Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah.

Biarlah orang kata WARISAN hanya Kerajaan 22 bulan, tetapi mereka tidak dapat menafikan hakikat WARISAN juga berjaya menyedarkan mereka untuk berpijak di bumi nyata.

Ibarat terhantuk baru terngada, jika dulu mereka yakin tidak tergugat selepas 60 tahun memerintah, kehadiran WARISAN menyebabkan mereka melatah sehingga ramai bertukar parti demi terus bergelar kerajaan.

Malah WARISAN juga membuktikan dengan usia muda kita berjaya mendesak banyak perkara dalam MA63 sebelum PRN tahun lalu.
Alhamdulillah, hari ini, semakin ramai rakyat Sabah terus teguh melihat dan menilai ketelusan Kerajaan Negeri hari ini dalam menuntut baki ‘kerja’ WARISAN dulu dalam MA63.

Semoga perjuangan ini akan diteruskan generasi muda Sabahan bagi memastikan nasib kita tidak terus diperkotak-katikan.

Tahniah WARISAN
Tahniah Presiden Parti DSSA
Selamat Ulang Tahun Ke-5 WARISAN. Semoga terus teguh bersama. UNITY. Sabah Makmur Sejahtera.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.