Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
20 Oktober 2021. Hari ini genap 65 tahun usia Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Semoga terus diberikan kesihatan, diberikan perlindungan dan diberikan kesejahteraan dunia serta akhirat.
Terima kasih kerana terus menjadi inspirasi kepada kami untuk membela nasib rakyat Sabah dibumi bertuah ini.
InsyaAllah, kami akan teruskan perjuangan Presiden Parti yang mahu kami mengutamakan kebajikan rakyat.
Sedikit ‘throwback’, gambar ini dirakam ketika pertama kali Presiden memanggil nama saya duduk di sebelahnya untuk menyenarai bakal calon-calon wakil rakyat dari bahagian Kalabakan dan Tawau, lebih setahun lalu.
Masih saya ingat, beliau berkongsi bagaimana perjuangannya dahulu sebelum dipilih menjadi calon bertanding pilihan raya.
Ya, saya sedar, setiap perjuangan yang ada bukan mudah. Justeru, apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai calon parti sebelum menjadi ADUN, saya sedar kita tidak boleh mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan prinsip membela nasib rakyat.
Terima kasih Presiden Parti atas kepercayaan yang telah diberikan. Sesungguhnya saya bertuah kerana berpeluang berjuang bersama tokoh pemimpin yang berjiwa rakyat.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持