Selamat Hari Malaysia, 16 September 2021

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

16 September datang lagi. Tarikh bersejarah penggabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung (Tanah Melayu) menjadi sebuah negara dikenali sebagai Malaysia.

Buat anda yang meraikan sambutan Hari Malaysia, tahniah saya ucapkan kerana, tetap bersemangat waja meraikan semangat patriotik walaupun sambutan masih lagi terhad.

Pesan saya, kita masih lagi di fasa pandemik, biar pun, ramai yang bervaksin, biar pun, banyak aktiviti semakin dibenarkan beroperasi, kita masih perlu jaga diri. Usah berkumpul jika tiada keperluan, jaga diri, penjarakan sosial dan pergaulan demi memastikan pengurangan risiko penyebaran virus COVID-19.

Dalam pada itu, sudah 58 tahun kita bersama di bawah bumbung Malaysia, satu tempoh masa yang bukan singkat, malah jika dianalogikan sebagai penjawat awam, dua tahun lagi, pencenlah ia.

Namun, Sabah bukan penjawat awam, yang mana perlu berhenti bila tiba masanya. Sabah perlu terus berkembang maju, selari dengan kekayaan negerinya dari laut Pulau Sipadan hinggalah ke puncak Gunung Kinabalu.

Justeru, sudah tiba masanya, Sabah berani mengorak langkah untuk teguh berdiri sebagai sebuah negeri dengan status Wilayahnya. Bukan hendak sebagai penentang keharmonian Malaysia, namun, penduduk di negeri ini perlu bersatu sebagai Sabahan yang akan terus mempertahankan hak Sabah.

Perjuangan kita menuntut hak dalam MA63, tidak seharusnya dipandang sepi. Siapa pun duduk di kerusi Ketua Menteri Sabah, ingatlah, kita kena berdiri sebagai Sabahan yang mempertahankan hak Sabah, membela nasib rakyat.

Lihat sahaja Wilayah jiran, Sarawak. Tetap tenang biar apa pun berlaku di peringkat Persekutuan. Sabah seharusnya begitu. Bukan setiap kali pengumuman ‘sokongan majoriti’ di peringkat Parlimen, maka setiap kali itulah, Sabah mengumumkan ‘taat setia’ kepada perjanjian seolah-olah nasib kerajaan negeri bergantung dengan gelombang politik di peringkat nasional.

Seharusnya, masa yang ada kini, kita beri tumpuan kepada pemerkasaan politik, ekonomi dan sosial di Sabah khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Biarlah urusan Parlimen diselesaikan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri seharusnya memikirkan isu tempatan yang ada.

Jika ini berlaku, Sabah bebas bergerak sebagai satu Wilayah yang mampu menentukan arah tuju sendiri tanpa perlu menunggu ‘green light’ Kerajaan Pusat, saya yakin itu adalah antara erti kemerdekaan yang sebenar.

Biarlah kita bersengketa di Dewan Undangan Negeri, namun, kita perlu bersama dalam mempertahankan hak Sabahan khususnya dalam MA63.

Semoga kesepakatan kita ini, menjadi titik mula ke arah erti kemerdekaan dalam diri kita sebagai Sabahan.

Salam Malaysia Ku, Salam UNITY.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.