Selamat Hari Buruh Sedunia

Tarikh: 1 Mei 2021

SELAMAT HARI BURUH SEDUNIA

Setiap kali menjelang 1 Mei, pastinya masa kita untuk menghargai golongan pekerja sempena sambutan Hari Buruh.

Saya mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua pekerja khususnya yang berasal dan bertugas di DUN N.70 Kukusan.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada kakitangan Pejabat DUN N.70 Kukusan yang bertungkus lumus bekerja bagi membantu saya memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada masyarakat di sini.

Tanpa mereka, sudah tentu saya tidak berdaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kita seperti PDRM, ATM, pasukan perubatan, APMM, APM, RELA dan banyak lagi kerana bertungkus lumus, berkorban jiwa dalam kita memerangi COVID19.Begitu juga petugas media yang juga terdedah dengan ancaman jangkitan virus ini demi membantu menjadi penghubung antara kerajaan, pemimpin dengan masyarakat.

Saya sedar tahun ini, ramai yang terjejas pendapatan malah sehingga kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.Hanya Allah sahaja tahu betapa berat hati saya mendengar aduan demi aduan rakyat yang terjejas pendapatan.

Saya berharap Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh hadir dengan satu mekanisma baharu dalam membantu golongan pekerja yang terjejas berdepan dengan masalah mereka.

Difahamkan ada yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan dengan alasan kurang munasabah menyebabkan mereka memerlukan pembelaan sewajarnya dari pihak berwajib.

Tidak dinafikan, golongan majikan juga terjejas akibat pandemik COVID-19, begitu juga dengan pekerja.

Justeru, saya berharap tiada penindasan terhadap pekerja berlaku kerana apa yang berlaku hari ini adalah luar biasa dan sukar dikawal.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar apa yang berlaku sekarang, berjaya pulih seperti biasa sekali gus membolehkan kita bekerja seperti biasa tanpa rasa bimbang terhadap jangkitan COVID-19.

Mungkin fasa kedua bulan Ramadan tahun ini, kesempatan bersolat jemaah bersama, kita berdoa kepada Allah untuk mengangkat derita yang ada.

SELAMAT HARI BURUH SEDUNIA 2021.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.