DALAM perkongsian saya baru-baru ini di mukim Banyan, saya menekankan pentingnya kerjasama antara pemimpin setempat dan masyarakat dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.
Saya juga menggalakkan warga Mukim Banyan untuk terus memberikan pandangan dan cadangan demi pembangunan yang lebih baik di kawasan tersebut.
Lawatan ini merupakan bentuk keprihatinan dan juga sebagai usaha memastikan segala tindakan yang diambil selaras dengan keperluan sebenar penduduk.Inisiatif lawatan seperti ini akan terus dilakukan demi masa ke semasa agar dapat mempereratkan lagi hubungan diantara pemimpin dan warga sekaligus sebagai langkah proaktif dalam mendengar langsung aduan rakyat tanpa perlu melalui perantara.
Terdapat beberapa aduan yang diterima daripada warga antaranya jalan yang gelap dan permohonan bantuan kewangan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Oleh itu, saya terus menguar-uarkan beberapa bentuk bantuan daripada kerajaan negeri Sabah yang diumumkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK 2.0), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah.