Sudah tiba masanya, saya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada rakyat khususnya pengundi saya di Kukusan.
Banyak fitnah dan cerita tidak benar disebarkan pihak di luar sana khususnya di media sosial demi menjatuhkan imej saya selepas mengambil keputusan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah dibawah kepimpinan Presiden Parti Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah.
Alhamdulillah, hasil pertemuan dua mata bersama penduduk, saya dapat menjawab persoalan demi persoalan yang membelenggu mereka dan menerangkan keputusan saya keluar daripada parti lama.
Apa yang penting segala cubaan untuk menjelikkan imej saya di media sosial tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berjuang membela nasib rakyat Kukusan.
RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT
merangkap ADUN N70 KUKUSAN
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”