Edit Content

Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Merotai

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025

Majlis Pelancaran Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Kali Ke-16

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Kali Ke-16

 Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Merotai

Saya berbesar hati dapat menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Merotai yang dianjurkan oleh PHRS-GRS dan telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Perayaan ini bukan sahaja melambangkan keunikan budaya masyarakat kita tetapi juga semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah.

Dalam majlis ini, saya turut berkongsi berita baik mengenai beberapa projek pembangunan yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk Merotai dan sekitarnya:

✅ Peruntukan RM1 juta untuk pemasangan lampu solar dari Jambatan Putih hingga ke Sungai Udin bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk.

✅ Peruntukan RM2 juta bagi pembinaan Dewan Merotai, memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk pelbagai aktiviti sosial dan kebudayaan.

✅ Perwartaan Kampung Iban dan Kampung Melati Burut, satu langkah penting dalam memastikan hak serta keperluan penduduk di kawasan ini terus terbela.

✅ Pembinaan Klinik Desa di Kampung Merotai Besar, yang bakal meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan untuk penduduk setempat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan GRS di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri atas komitmen berterusan dalam membangunkan kawasan Kalabakan dan Tawau. Semoga inisiatif ini membawa lebih banyak kemajuan dan kesejahteraan kepada kita semua.

Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun ini membawa keberkatan dan kejayaan untuk semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.