Salam Takziah Seluruh Keluarga Allahyarhamah Masniah Djaman atau Kak Mas

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Masniah Djaman atau Kak Mas yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen 2, KK. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat Likas.

Saya berkesempatan bertemu dengan anak-anak, keluarga serta teman-teman kerja RTM Allahyarhamah di bacaan tahlil malam tadi di Masjid At Taqwa Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi. Allahyarhamah merupakan antara pengasas awal Tawau FM dan telah berkhidmat dengan RTM lebih 30 tahun.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosanya, diterima segala amalan beliau dan diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Semoga pemergiannya menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Aamiin ya robbal alaamiin.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.