SERAMAI lebih 3000 warga tawau menghadiri Rumah Terbuka di kediaman saya kemarin. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menerima jemputan saya.
Saya percaya bahawa rumah terbuka sempena Hari Raya adalah peluang yang baik untuk saya mempereratkan hubungan dengan warga.
Rumah terbuka dapat mempromosikan semangat muhibbah dan persaudaraan di kalangan masyarakat, memupuk keharmonian serta kesatuan dalam kepelbagaian budaya dan agama kita.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada tetamu dan ingin saya menyusun 10 jari tanda kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis rumah terbuka saya.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada team Rj, Wanita GRS Kukusan, Belia dan Beliawanis Kukusan atas kerjasama dan semangat berpasukan dalam menjayakan majlis ini.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”