








ALHAMDULILLAH, selesai sudah rumah terbuka Bersama Agensi Kerajaan anjuran Pejabat ADUN N70 Kukusan.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan agensi kerajaan yang sudi hadir memeriahkan majlis kita ini.
Majlis ini bukan sekadar untuk menjamu juadah raya, tapi lebih penting — untuk kita eratkan silaturrahim, kukuhkan kerjasama dan saling menghargai peranan masing-masing dalam membangunkan Kukusan yang kita cintai.
Saya amat menghargai jasa dan sumbangan semua agensi yang sentiasa bersama-sama dalam usaha membantu rakyat. Semoga hubungan baik ini terus kekal dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.
Jumpa lagi di program akan datang, insya-Allah!.