TIADA apa yang mampu saya katakan selain rasa syukur kepada-NYA apabila melihat senyuman penduduk ketika kami datang menziarahi mereka di rumah.
Fokus saya tahun ini adalah berkaitan kesihatan penduduk Kukusan . Justeru, selain program perangi Denggi dan Aedes, kami turut bergerak dari rumah ke rumah penduduk yang telah dikenal pasti bagi membolehkan rawatan, pemeriksaan kesihatan mahu pun berkaitan kebajikan dilakukan menerusi program Harapan Ziarah Kasih Kukusan.
Turut disalurkan keperluan bakul makanan sumbangan JKM dan Parti Harapan Rakyat Sabah .
Semoga ia memudahkan penduduk Kukusan menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan sewajarnya.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support