ALHAMDULILLAH lokasi ke-2 di Sarawak, sebagai penceramah di Program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda di Institusi Kemahiran Belia Dan Sukan Miri Sarawak.
Melalui sesi soal jawab dan aktiviti simulasi sketsa mengundi ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme tetapi juga menyediakan mereka dengan kemahiran praktikal untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara.
Program ini adalah langkah positif ke arah melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dan proaktif dalam menyumbang kepada demokrasi yang lebih inklusif.
Terima kasih warga IKBN Miri Sarawak (Official) atas sambutan yang mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.