Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Program Sua Temu Ibu Bapa Tahun 6 & Agihan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh makna apabila saya dapat bertemu dengan ibu bapa dan murid-murid dalam Program Sua Temu Ibu Bapa & Agihan Bantuan Awal Persekolahan di Dewan Alamanda, SK Kukusan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan terbaik. Dalam masa yang sama, bantuan awal persekolahan telah diagihkan bagi meringankan beban keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Saya turut menyumbangkan RM 5,000 kepada tabung PIBG Sk Kukusan bagi kegunaan pelajar dan guru untuk program dan aktiviti sepanjang tahun ini.

Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru, PIBG, dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada semua murid dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.