Program Permerkasaan Wanita Melalui Pembangunan Diri Anjuran Institut Kajian Pembangunan (Sabah) Bersama Pejabat ADUN N70 Kukusan

ALHAMDULILLAH selesai sudah Program Pemerkasaan Wanita yang telah berlangsung kemarin di HOTEL MARCO POLO TAWAU yang disertai sekurang-kurangnya seramai 200 peserta.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah menyediakan platform untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta memperkukuhkan jaringan dikalangan wanita akar umbi, meningkatkan kesedaran terhadap penglibatan wanita yang berdaya saing dalam bidang keusahawanan, pendidikan, kemahiran dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan literasi digital dari aspek pemasaran serta keselamatan kepada golongan wanita ke arah peningkatan aktiviti ekonomi atau keusahawanan.

Program ini juga terdiri dari tiga sesi bicara dimana sesi pertama En Rozekin Suratman Pengarah Syarikat Rosmie Snack Industry (RSI) Sdn Bhd Tawau berkongsi berkenaan Keusahawanan Wanita”Kisah inspirasi dari pengorbanan ibu membawa kejayaan perniagaan keluarga. Sesi kedua diisi oleh Puan Emily Jeneble Pengasas Kelarai Craft dan sesi terakhir disampaikan oleh Dr Janifal Alipal, Penyelidik Bersekutu Kanan (IDS).

Program ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Hj Mohd Dun Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) merangkap Ketua Wanita GRS.

Turut hadir Datuk Hajah Hamisa Samat Pengerusi Lembaga Perempuan Sabah Cawangan Tawau, YB Datuk Lo Su Fui Mp Tawau, Ceo IDS Dr Ts Ramzah Dambul,Ketua Wanita Zon A, barisan Ketua Wanita Penyelaras Zon , dan barisan Wanita-Wanita GRS.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.