Program Perasmian dan Pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat N70 Kukusan

Pejabat ADUN N.70 Kukusan dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Perasmian dan Pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat N.70 Kukusan yang akan diadakan di Taman Victoria pada ketetapan berikut :

Tarikh:Sabtu, 25 Mei 2024

Lokasi:Taman Victoria

Masa:7:00 pagi – 5:00 petang

Aktiviti menarik yang akan diadakan

1.Jualan Rahmah(KDN & Kos Sara Hidup)

2.Pemeriksaan Kesihatan Percuma ( KKM Daerah Tawau )

3.Libat Urus & Bertemu Pelanggan (JKR,JPS,JBA,Bomba,MPT, & SESB )

Antara acara riadah :-

Tarik Tali

Terompah Tempurung

Sambut Cintaku

Boling Kelapa

Tiup Belon

Pertandingan Mewarna

Lari Ikat Berpasangan

*Gerai Jualan Makanan dan Minuman:*

Pelbagai gerai makanan dan minuman turut dibuka untuk mengisi perut anda sepanjang acara berlangsung.

Cabutan Bertuah!!!!!!!!!!!

✨ *Manfaat Sukan Rakyat:*

– *Memperkenalkan Budaya Tradisional:* Sukan rakyat membantu kita mengenali dan menghargai semula budaya tradisional yang semakin dilupakan.

– *Menguatkan Silaturahim:* Aktiviti ini mengeratkan hubungan antara penduduk dengan semangat kerjasama dan kesukanan.

– *Kesihatan dan Kecergasan:* Melalui aktiviti fizikal, kita dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan sambil berseronok.

– *Pembinaan Karakter:* Sukan mengajar nilai-nilai murni seperti disiplin, kesabaran, dan semangat juang.

Jadi, marilah kita bersama-sama menjayakan program ini. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati hari yang penuh dengan keseronokan dan kenangan manis. Kehadiran dan sokongan anda amatlah kami hargai.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi:

En Fazlih – 011 2098 5152

En Khairul – 017 851 8017

Pn Yan – 014 910 1089

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.