Program Bengkel Bersemuka Bersasar SM St Patrick Tawau

DIJEMPUT merasmikan Program Bengkel Bersemuka Bersasar (PBBB) untuk calon-calon pelajar SPM 2024/2025 anjuran Yayasan IMPAK kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Daerah Tawau, di Sm St Patrick pagi tadi.

Seramai 300 pelajar dan 40 guru melibatkan 22 sekolah sekitar Tawau Dan Kalabakan mengikuti PBBB ini bagi mencapai objektif utama iaitu pemahaman KSSM dan pedagogi mengajar mengikut keperluan KBAT.

Dalam ucapan, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang terus menyokong dan komited memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan di negeri ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Impak terutamanya Dr Mohd Tajuddin Mohd Ali kerana memilih Dun Kukusan bagi menganjurkan bengkel ini agar adik-adik mendapat keputusan cemerlang melalui tips-tips yang diberikan.

Turut hadir, PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri ,Tuan Noor Bin Kahal

Timbalan Sektor Pembelajaran PPD Tawau, barisan guru-guru pendidik dan adik-adik calon pelajar SPM 24/25.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.