Assalamualaikum, salam Jumaat semua.
Tahukah anda mengenai petisyen yang disuarakan melalui #KetuananPengundi BERSIH 2.0 [OFFICIAL] JANGAN HUKUM RAKYAT LAGI! PERUNTUKAN WAKIL RAKYAT SAMA RATA SEKARANG!!!
Petisyen itu menggesa siapapun menjadi kerajaan, harus bertanggungjawab mengagihkan peruntukan kewangan sama rata kepada setiap wakil rakyat.
Sebagai wakil rakyat di blok pembangkang, sudah tentu saya berdepan isu ini. Cuba membangunkan Kukusan dengan title ‘pemimpin pembangkang’. Usah cerita tentang projek mega dan infratruktur asas, kebajikan rakyat sekali pun, pastinya berdepan kesukaran.
Pasti ada yang berkata, ‘siapa suruh jadi pembangkang?’. Hakikatnya saya dilantik atas nama parti, parti yang memilih saya untuk bertanding, jadi tidak wajar untuk meninggalkan parti hanya kerana tidak menyokong kerajaan.
Ingin saya jelaskan peruntukan kewangan bagi pembangunan kawasan DUN yang diumumkan untuk blok pembangkang sebenarnya disalurkan menerusi PPM untuk diurus tadbir. Saya atau Pejabat DUN N70 Kukusan tidak kaitan dengan pengurusan PPM kerana ia diuruskan oleh pihak pro Kerajaan.
Mana yang mampu saya beri, akan saya berikan, namun, ada perkara yang saya berdepan kekangan khususnya dalam membuat keputusan atau projek untuk rakyat.
Justeru, saya berharap dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang masih keliru tentang fungsi, tugas dan saluran kewangan antara Pejabat DUN dengan PPM.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持