Pertanyaan Saya Untuk Kerajaan GRS Berkaitan SOP dan Bekalan Vaksin

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Berkaitan kenyataan Ketua Menteri Sabah yang mengumumkan aktiviti dine-in dalam premis makanan, saya menyambut baik perkara ini kerana memang ramai peniaga terjejas dan mahukan aktiviti ekonomi seperti ini dibuka. Malah ia turut memberi kesan positif terhadap pekerja yang saya pasti sebahagian besar bergaji hari. Maknanya, ada kerja ada gaji.

Begitu juga dengan kedai gunting rambut antara sektor yang paling lama ditutup kerana atas faktor berlaku sentuhan secara langsung atau ia mungkin tidak sepenting sektor essential services yang lain.

Pengumuman itu dibuat pagi semalam, namun, sehingga jam 8 pagi ini, saya belum menerima sebarang perincian SOP baharu berkaitan? Lambat juga.

Bagaimana seorang pemimpin tertinggi di peringkat negeri boleh buat pengumuman rasmi tapi tiada perincian SOP? Saya melihat ia seolah-olah pengumuman untuk meredakan keresahan rakyat tanpa ada perancangan teliti.

Ibarat melepas batuk ditangga atau sekadar mengalihkan perhatian penduduk Sabah terhadap bekalan vaksin yang terlalu kurang di negeri kita.

Maaf cakap, saya difahamkan, sehingga semalam, Sabah masih belum menerima bekalan vaksin baharu dari Kerajaan Persekutuan.

*Adakah itu menjadi sebab mengapa beberapa PPV di Tawau ditutup untuk suntikan vaksin?*

*Bagaimana jaminan Kerajaan Negeri di bawah GRS yang konon melaungkan nasib negeri terbela jika sehaluan dengan Kerajaan Pusat?*

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.