Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau

MERASMIKAN Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Tawau 2024 di Dewan Kirana Sk Bandar Tawau II pagi tadi.

Saya difahamkan sebanyak 7 buah sekolah terdiri Sk Bandar Tawau II, Sr Islamiah Tawau, Sk Kg Titingan ,Sk Tanjong Batu, Sk Taman Tawau, Sk Batu 4 dan Sk Bandar Tawau yang bakal bertanding dalam pertandingan pantun pada kali ini. Semoga semua peserta dapat menyerlahkan kehebatan masing-masing dan merebut gelaran sebagai juara pantun sekolah rendah peringkat daerah Tawau.

Dikesempatan ini, saya juga turut menyumbangkan sebanyak RM 3000 kepada tabung PIBG untuk aktiviti dan program di masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada tuan rumah Guru Besar Puan Rahmah dan barisan warga Sk Bandar Tawau II atas penganjuran pertandingan ini.

Turut hadir YDP Pibg Tuan Mohd Afsar Abd Latif dan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.