SERAMAI 80 peserta disertai dari pelbagai daerah antaranya Kunak,Lahad Datu, Semporna dan Sandakan mengikuti Pertandingan Kicau Burung Murai di Lorong Imam Tambi Tanjung Batu Keramat, kemarin.
Mengadakan pertandingan kicau burung murai bukan sekadar hiburan, tetapi juga membawa banyak manfaat kepada komuniti dan pencinta burung.
Pertandingan ini dinilai berdasarkan suara kicauan, kecantikan bulu gaya dan petik ekor. Jika dilihat komuniti pencinta burung murai batu ini tidak ramai namun ada peminatnya.
Saya juga turut menyumbangkan sebanyak RM2000 bagi kegunaan persatuan ini dalam menjalankan program tahunan mereka.
Terima kasih atas jemputan merasmikan program ini dan tahniah diucapkan kepada penganjur, ahli-ahli persatuan dan peserta pertandingan yang mengikuti pertandingan ini .
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”