Sabtu lalu, saya berkesempatan menghadiri jemputan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK ST Patrick Tawau.
Banyak maklumat yang dikongsikan bersama termasuk keperluan di sekolah berkenaan untuk digunakan murid-murid di sini.
Saya turut memaklumkan kepada hadirin, InsyaAllah sebahagian peruntukan yang saya perolehi daripada Kerajaan Negeri Sabah akan disalurkan ke sekolah ini bagi tujuan pembangunan dan kebajikan khususnya murid sekolah.
Dan beberapa lagi masalah lain turut diutarakan kepada saya dan kita akan meneliti perkara itu untuk tindakan lanjut.
Semoga ia menjadi titik mula kepada jalinan hubungan lebih baik antara pihak sekolah dan saya selaku ADUN kawasan ke arah peningkatan sistem pendidikan lebih baik.
RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”