Penyerahan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) Dan Kotak Prihatin Perkeso Tawau

Saya bersama team PERKESO Tawau melawat dan seterusnya membuat penyerahan faedah dari caruman arwah suami kepada balu yang ditinggalkan.

Meski kemalangan yang meragut nyawa bapa muda kepada dua orang anak kecil ini telah berlaku lebih 2 tahun lalu, hasil dari laporan yang diterima oleh pihak PERKESO tindakan turun ke lapangan dilaksanakan sesegera mungkin.

Ini merupakan antara kes tercicir yang akhirnya dapat dikesan oleh pihak PERKESO. Kepada mereka yang bekerja di luar sana pastikan anda telah mencarum sekurang-kurangnya 24 bulan untuk mendapat faedah jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Dalam kes ini, balu yang ditinggalkan mendapat bantuan seumur hidup dan anak-anak mendapat saraan sehingga berumur 21 tahun.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.