Penyerahan Bantuan Bahan Binaan Asas

Syukur dapat turun padang bersama team saya untuk membuat penyerahan bahan binaan asas kepada pemohon di Kampung Imam Jalilul Jln Kukusan dan Kampung Rejeki Jln Tengku Osman.

Bahan-bahan utama seperti zink dan kayu diberikan mengikut apa yang dimohon bagi tujuan membaik pulih rumah kediaman penduduk.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan setiap rakyat mendapat tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.