Penyelenggaraan Longkang Di Taman Victoria

SUSULAN kes denggi yang dilaporkan berlaku di Taman Victoria, UPPM Kukusan bersama konsesi pembersihan longkang telah turun padang ke lokasi bagi melakukan kerja pembersihan.

Sudah dua tahun tiada kerja penyelenggaraan longkang dilakukan, dan hari ini kerja pembersihan sebahagian longkang di situ dilakukan selepas pelantikan konsesi baharu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan termasuk kerja ubah suai kediaman yang dilakukan penduduk telah menghalang laluan saluran longkang sekali gus menyukarkan kerja pembersihan dilakukan.

Saya berharap agar penduduk dapat memberi kerjasama sewajarnya bagi kita menjaga persekitaran, mengelakkan halangan air berlaku yang akhirnya membawa kepada pembiakan nyamuk Aedes dan denggi di situ.

Pembersihan dilakukan bermula jam 8 pagi tadi.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.