Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal atau lebih dikenali sebagai KERJA terus mengukuhkan peranan sebagai platform kebajikan dengan pelancaran cawangan baru dan penyerahan ahli baru Taman Victoria, sebentar tadi.
Penyerahan ahli baru ini bukan sahaja simbolik, tetapi juga langkah konkrit untuk memperluas peranan kelab dalam bidang kebajikan.
Dengan kehadiran cawangan baru, kelab ini kini mampu:
1. Mempercepatkan pelaksanaan bantuan kecemasan seperti sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan.
2. Mengadakan program pembangunan masyarakat secara lebih meluas, termasuk kempen kesihatan, pendidikan, dan ekonomi.
3. Menjalin kerjasama dengan komuniti setempat bagi mengatasi isu-isu sosial.
Dalam ucapan saya juga turut berkata
“Kita tidak hanya membina cawangan baru, tetapi juga sebuah keluarga besar yang bersatu hati dalam usaha meringankan beban orang lain”.
Semoga keahlian baru ini membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat Kukusan demi kukusan kita sejahtera.Terima kasih diucapkan kepada Pakcik Panni, sebagai tuan rumah pada program kali ini.