Bayangkan sudah 60 tahun Sabah merdeka, sambutan kemerdekaan gah, dicanang sebagai Sabah Maju Jaya, realitinya rakyat terus hidup dalam kemiskinan.
Malah 8 daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terletak di Sabah.
Melihat kepada video tular menyaksikan anak-anak Sabah terpaksa bertarung nyawa menaiki rakit dan tong untuk merentas sungai di Nabawan, terasa pedih di hati ini kerana WARISAN hanya berkesempatan memerintah sebentar sahaja sebelum ia dirampas Persekutuan menerusi GRS yang mahu mengukuhkan pemerintahan di negara kita.
Dari kemudahan jalan raya yang buruk, jambatan usang sehinggalah kesukaran pengangkutan anak sekolah, semakin terungkap dan mula terbongkar hasil kemajuan 59 tahun Sabah mesra bersama Kerajaan Persekutuan.
Ini sudah cukup memberi gambaran, apabila Kerajaan negeri mengambil pendekatan perlu mesra Kerajaan Persekutuan, maka inilah hasilnya.
Tidakkah ini memberi gambaran jelas hasil kerja Kerajaan Sabah mesra Barisan Nasional selama berpuluh tahun dan kini Kerajaan Sabah GRS mesra Muafakat Nasional.
Sedangkan kita sendiri melihat Muafakat Nasional pun saling bertikaman sesama sendiri di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Putrajaya sahaja mereka muafakat.
Jelas menggambarkan permuafakatan mereka di Sabah dan Putrajaya bukanlah untuk membela rakyat, sebaliknya hanya demi kuasa mereka sahaja.
Dalam hal ini, GRS seharusnya bertindak tegas, jangan ulangi kesilapan BN Sabah dulu yang hanya menjadi pak turut Kerajaan Persekutuan dalam menikmati hasil negeri sendiri.
GRS perlu berani memisahkan antara pentadbiran politik pusat dengan pentadbiran negeri demi memastikan nasib Sabah terus terbela sewajarnya.
Paling penting rakyat Sabah itu sendiri, terus tampil membongkar setiap sisi hak Sabahan yang tidak pernah terbela oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Teruskan menuntut MA63 yang sememangnya menjadi hak kita sebagai rakyat Sabah.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
30 April 2022
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”