









Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Usahanita Sabah Kali Ke-4 yang menghimpunkan para usahawanita hebat dari pelbagai daerah seluruh Malaysia.
Tahniah dan terima kasih kepada Puan Noraini Sulong atas jemputan dan penganjuran yang cukup bermakna ini.
Saya doakan Usahanita Sabah akan terus bergerak maju dan progresif, sentiasa bersemangat, dan mencapai lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan.
Saya amat kagum dengan semangat wanita-wanita usahawan ini yang terus berusaha menjadikan produk tempatan relevan dan berdaya saing mengikut arus semasa.
Inilah contoh wanita masa kini – berani, berwawasan dan tidak pernah berputus asa.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Teruskan menyinar di pentas nasional dan antarabangsa.