Pendidikan berkualiti adalah antara keutamaan saya sebagai wakil rakyat sulung N70 Kukusan.
Hampir 2 tahun menjadi wakil rakyat pembangkang, saya tidak dapat mengadakan aktiviti bersama sekolah secara langsung.
Justeru, selepas menjadi ADUN mesra Kerajaan GRS, saya menggunakan 150% ruang dan peluang yang ada untuk membantu sekolah sekolah di Kukusan.
Bagi saya, banyak keperluan seperti infrastruktur dan kemudahan peralatan sekolah yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Saya akan terus berusaha mencari kaedah terbaik termasuk berhubung dengan pihak Kementerian berkaitan bagi mendapatkan bantuan berkaitan demi kesejahteraan warga sekolah khususnya untuk anak-anak kita.
RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”