





SAYA dijemput merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Kesatuan Guru Kerajaan Negeri Sabah Cawangan Tawau di Dewan Sri Dinara, sabtu lepas.
Dalam ucapan, saya menekankan bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pemimpin, pembimbing, dan pencorak masa depan generasi muda.
Saya turut mengakui cabaran besar yang dihadapi oleh guru pada masa kini, termasuk perubahan teknologi, isu sosial, dan keperluan pendidikan abad ke-21.
Saya juga menyumbangkan RM 3000 bagi tabung kesatuan guru-guru ini untuk aktiviti sepanjang tahun.
Ini merupakan bentuk penghargaan kepada semua guru yang berdedikasi dan berusaha tanpa jemu dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Saya berharap agar kesatuan ini terus menjadi wadah penyatuan suara guru dalam memperjuangkan kepentingan pendidikan di Sabah.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung ini.Semoga perjuangan dalam dunia pendidikan terus diperkasa demi masa depan anak bangsa.