Lokasi: Kg Airport Lama, Padang Terbang
Baru-baru ini saya telah merasmikan pembubaran mesyuarat jawatankuasa Surau Nurul Huda, Kg Airport Lama yang dipengerusikan oleh saudara Abu bin Ratei.
Saya amat berendah hati kerana telah ditawarkan menjadi penaung kepada surau ini. Sebelum ini, saya pernah melakukan beberapa program seperti Kempen Derma Darah dan bantuan bakul makanan yang melibatkan penduduk kampung berdekatan.
Sebagai permulaan, saya akan mengusahakan food bank yang akan ditempatkan di rak sudut hadapan surau. Ini untuk memastikan mereka yang betul-betul memerlukan mendapat sokongan.
Perancangan melibatkan anak-anak muda dalam aktiviti surau juga perlu dikembangkan ke arah pendekatan yg lebih terbuka.
Terima kasih kepada penggerak-penggerak Wanita dan Wirawati Warisan Kukusan dan rombongan pejabat saya yang turut hadir menjadi pemerhati. Semoga semua urusan kita dipermudahkan.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”